Rabu, 1 Disember 2010

Maaf


Sebagai seorang manusia, aku ada tanggungjawab. Aku ada tanggungjawab terhadap diri aku sendiri, terhadap hidup aku sendiri. Aku juga, sebagai seorang manusia, yang juga merupakan (mungkin) seorang kawan, punya tanggungjawab kepada kenalan aku, kepada orang yang aku sayangi.


Sepertimana kebanyakkan kawan-kawan aku yang melaksanakan tanggungjawab mereka ketika aku dalam kesusahan fizikal atau mental, aku juga mahu melakukan hal yang sama kepada mereka.

Kenapa?

Kerana aku dah pun merasakan susah dan payahnya hidup sendiri tanpa adanya sokongan yang sangat padu dan romantis ini.

Bila susah, aku tak pernah nak harapkan keluarga aku datang membantu kerana aku tahu, aku telah banyak menyusahkan, menyakiti dan memusnahkan harapan mereka.

Jadi, dalam kebanyakkan masanya, aku banyak kongsikan masalah ataupun rasa suka aku dengan kawan-kawan aku. Dengan orang yang benar-benar faham akan apa yang aku mahu dan apa yang aku harapkan dari sekeliling aku. Mereka ini adalah orang yang menjadi sebab kenapa aku perlu teruskan segala kegilaan ini.

Aku ingat lagi macamana kawan-kawan aku menolong aku ketika susah, dan lagi parah, ketika aku benar-benar bersendiri secara emosinya. Mereka datang, dan mereka duduk di sebelah aku, mendengar kepada semua tangisan aku. Dan, mereka setidaknya cuba memberikan aku kata semangat supaya aku tak akan pernah tunduk kalah kepada kebodohan yang datang menyerang aku ni.

Tanpa mereka, pastinya sekarang aku sedang duduk mendengar Paul McCartney bermain gitar di neraka. Tanpa mereka, mungkin aku sendiri tak akan hargai hidup yang aku ada dan semestinya, tanpa mereka, aku tak akan pernah melawan untuk mendapatkan apa yang wajar aku dapatkan.

Hidup aku susah. Hidup aku membosankan. Dan hidup aku memang ranap. Tapi, dengan adanya kawan-kawan yang datang menemankan aku menghadap semua ni, selalu membuatkan aku terasa sebak. Selalu buat aku sedar bahawa dunia ni, bukanlah satu tempat yang menakutkan kerana kadang-kala, jika kita bernasib baik, akan selalu ada orang yang akan sudi untuk menemankan kita di dalam menghadapi kegilaan yang nyata ini.

Untuk kawan-kawan aku, aku hargai apa yang kamu semua telah dan sedang lakukan. Aku rasa, aku dah cukup mewah dengan semua itu. Aku dah cukup bahagia untuk hanya menghabiskan masa aku dengan kamu, dan berbual tentang hidup kita yang serba ironik ini. Sesungguhnya, itu adalah satu kisah romatis yang boleh kita ingat bila kita dah tak ada apa yang boleh kita fikirkan lagi. Sekurangnya memori yang kita ada, boleh kita gunakan pada masa akan datang nanti. Dan, yakinlah yang aku gembira mengenali kamu semua dan tak pernah terlintas di dalam kepala aku, untuk membuatkan kamu semua terasa gagal sebagai seorang kawan atau apa sekalipun.

Jadi, aku selalu mahu membalas itu kepada kawan-kawan yang aku ada. Sebolehnya aku akan tolong apa yang aku mampu. Aku tak mahu mereka merasa sendiri ketika mereka menghadapi paranoia hidup yang melampau ini. Aku mahu mereka tahu, aku akan selalu ada bersama mereka dan aku mahu mereka yakin bahawa aku selalu terikirkan apa yang terbaik untuk mereka kerana aku sayangkan mereka sepertimana aku sayangkan diri aku. Aku mahu kawan-kawan aku tahu, aku akan selalu sedia untuk mendengar dan mungkin menolong apa yang termampu. Aku tak mahu mereka sendiri. Aku tak mahu mereka menangis sendiri tanpa ada siapa yang dengar. Aku punya masa. Dan aku punya ruang sepertimana mereka pernah berikan kepda aku beberpa masa yang lalu.

Jadi, ketika ada dua teman baik aku berada di dalam kancah konflik, aku terus jadi sedih. Sedih bila melihatkan mereka mahu bergelumang dengan itu semua sendirian. Dan, langsung memberikan aku rasa yang sangat tajam ni. Aku terasa seolah aku telah gagal bertindak sebagai seorang teman, sebagai seorang kawan yang pernah diselamatkan dari lurah kematian yang menakutkan.

Dan, aku sedih untuk itu.

Selalu, aku mahu minta maaf kepda mereka semua kerana aku gagal di dalam melaksanakan tanggungjawab tak formal ini.

Maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan