Sabtu, 11 Disember 2010

Final Exam

Ku nyalakan api
Ku biarkan ia terbakar

Satu

Dua

Tiga

........

Sedutan yang penuh nikmat
Hembusan yang terus menghayalkan

Aku tenang

1 sudah SELESAI
Esok dan esok lagi

Big Day Out





Rabu, 1 Disember 2010

Maaf


Sebagai seorang manusia, aku ada tanggungjawab. Aku ada tanggungjawab terhadap diri aku sendiri, terhadap hidup aku sendiri. Aku juga, sebagai seorang manusia, yang juga merupakan (mungkin) seorang kawan, punya tanggungjawab kepada kenalan aku, kepada orang yang aku sayangi.


Sepertimana kebanyakkan kawan-kawan aku yang melaksanakan tanggungjawab mereka ketika aku dalam kesusahan fizikal atau mental, aku juga mahu melakukan hal yang sama kepada mereka.

Kenapa?

Kerana aku dah pun merasakan susah dan payahnya hidup sendiri tanpa adanya sokongan yang sangat padu dan romantis ini.

Bila susah, aku tak pernah nak harapkan keluarga aku datang membantu kerana aku tahu, aku telah banyak menyusahkan, menyakiti dan memusnahkan harapan mereka.

Jadi, dalam kebanyakkan masanya, aku banyak kongsikan masalah ataupun rasa suka aku dengan kawan-kawan aku. Dengan orang yang benar-benar faham akan apa yang aku mahu dan apa yang aku harapkan dari sekeliling aku. Mereka ini adalah orang yang menjadi sebab kenapa aku perlu teruskan segala kegilaan ini.

Aku ingat lagi macamana kawan-kawan aku menolong aku ketika susah, dan lagi parah, ketika aku benar-benar bersendiri secara emosinya. Mereka datang, dan mereka duduk di sebelah aku, mendengar kepada semua tangisan aku. Dan, mereka setidaknya cuba memberikan aku kata semangat supaya aku tak akan pernah tunduk kalah kepada kebodohan yang datang menyerang aku ni.

Tanpa mereka, pastinya sekarang aku sedang duduk mendengar Paul McCartney bermain gitar di neraka. Tanpa mereka, mungkin aku sendiri tak akan hargai hidup yang aku ada dan semestinya, tanpa mereka, aku tak akan pernah melawan untuk mendapatkan apa yang wajar aku dapatkan.

Hidup aku susah. Hidup aku membosankan. Dan hidup aku memang ranap. Tapi, dengan adanya kawan-kawan yang datang menemankan aku menghadap semua ni, selalu membuatkan aku terasa sebak. Selalu buat aku sedar bahawa dunia ni, bukanlah satu tempat yang menakutkan kerana kadang-kala, jika kita bernasib baik, akan selalu ada orang yang akan sudi untuk menemankan kita di dalam menghadapi kegilaan yang nyata ini.

Untuk kawan-kawan aku, aku hargai apa yang kamu semua telah dan sedang lakukan. Aku rasa, aku dah cukup mewah dengan semua itu. Aku dah cukup bahagia untuk hanya menghabiskan masa aku dengan kamu, dan berbual tentang hidup kita yang serba ironik ini. Sesungguhnya, itu adalah satu kisah romatis yang boleh kita ingat bila kita dah tak ada apa yang boleh kita fikirkan lagi. Sekurangnya memori yang kita ada, boleh kita gunakan pada masa akan datang nanti. Dan, yakinlah yang aku gembira mengenali kamu semua dan tak pernah terlintas di dalam kepala aku, untuk membuatkan kamu semua terasa gagal sebagai seorang kawan atau apa sekalipun.

Jadi, aku selalu mahu membalas itu kepada kawan-kawan yang aku ada. Sebolehnya aku akan tolong apa yang aku mampu. Aku tak mahu mereka merasa sendiri ketika mereka menghadapi paranoia hidup yang melampau ini. Aku mahu mereka tahu, aku akan selalu ada bersama mereka dan aku mahu mereka yakin bahawa aku selalu terikirkan apa yang terbaik untuk mereka kerana aku sayangkan mereka sepertimana aku sayangkan diri aku. Aku mahu kawan-kawan aku tahu, aku akan selalu sedia untuk mendengar dan mungkin menolong apa yang termampu. Aku tak mahu mereka sendiri. Aku tak mahu mereka menangis sendiri tanpa ada siapa yang dengar. Aku punya masa. Dan aku punya ruang sepertimana mereka pernah berikan kepda aku beberpa masa yang lalu.

Jadi, ketika ada dua teman baik aku berada di dalam kancah konflik, aku terus jadi sedih. Sedih bila melihatkan mereka mahu bergelumang dengan itu semua sendirian. Dan, langsung memberikan aku rasa yang sangat tajam ni. Aku terasa seolah aku telah gagal bertindak sebagai seorang teman, sebagai seorang kawan yang pernah diselamatkan dari lurah kematian yang menakutkan.

Dan, aku sedih untuk itu.

Selalu, aku mahu minta maaf kepda mereka semua kerana aku gagal di dalam melaksanakan tanggungjawab tak formal ini.

Maaf.

Here's the Post that Match My Query


Aku yakin, dia sedang marah pada aku. Dan aku akui, dia berhak untuk marah kepada aku, atas banyak alasan. Aku tahu, sekarang ni dia dah pun mula merasakan bahawa dunianya dah pun menjadi lebih teruk dan aku yakin, dia akan selalu merasa bodoh kerana pernah mengenali aku.

Aku faham, kenapa dia marah. Dan jika aku di dalam situasinya juga aku mungkin akan marah. Aku akan marah bila kehendak aku untuk menjadi bebas, terhalang hanya kerana seorang manusia yang lain. Aku akan marah, bila kebebasan aku tersekat dan aku akan lagi marah, bila orang yang cuba menasihatkan aku itu, tak jauh teruknya dari manusia lain dan aku akan lebih marah, jika orang yang cuba nasihatkan aku itu, bukanlah sesiapa di dalam hidup aku- cuma seorang kenalan yang bodoh dan tolol, yang punyai terlalu banyak masa untuk dibazirkan.

Di dalam diri aku pula, aku selalu mengharapkan sesuatu. Aku selalu mengharapkan, yang aku akan selalu ada kekuatan untuk menghadapi segalanya. Aku harapkan, yang aku ada kekuatan untuk menghadapi segala kegilaan ini dengan tenang. Aku selalu mengharapkan, yang aku selalu ada masa untuknya. Aku selalu mengharapkan, yang aku selalu ada ruang untuk dia. Dan, aku selalu mengharapkan, yang aku punyai kekuatan untuk menumbangkan sesiapa sahaja yang membuat dia terasa sakit.

Itu, apa yang selalu aku harapkan.

Aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk dirinya walaupun aku tahu, aku hanyalah seperti pasir yang melekat di tapak kasutnya,- merely nothing.

Jika dunia ini mahu menentang aku sekalipun, aku tak akan pernah peduli kerana aku tahu, aku sayangkan dia, dan aku tahu, apa yang sebenarnya aku lakukan.

Dan jika aku pernah ada ruang, aku mahu menjadi kawan baiknya. Aku mahu menjadi seperti abangnya, adiknya, dan seperti kawan-kawannya. Dan, jika aku pernah punyai peluang, aku mahu beritahukan kepada dia bahawa aku selalu sayangkannya, dan aku selalu mencari peluang untuk bersama dengannya menghadapi dunia yang kami rasakan terlalu tak relevan untuk kami jalani.

Tapi, sebelum aku berpeluang untuk melakukan apa-apa, aku terasa seperti telah kalah. Kalah kepada apa yang aku sendiri tak pasti.

Mungkin, aku belum cukup kuat untuk yakinkan dia, yang aku boleh untuk itu semua. Atau setidaknya, aku mencuba.

Aku tak marahkan dia. Aku cuma sedih. Aku tak marahkan dia, bila hal ini terjadi kerana aku tahu, ini bukanlah salahnya. Tapi, ini salah aku sebagai seorang kawan. Seorang kawan yang gagal. Gagal untuk membuktikan kepada dia, bahawa aku adalah seorang kawan.

Aku tak pernah marahkan dia bila terasa paranoid kepada dunia ini. Tapi, aku hanya bersedih. Aku hanya salahkan diri aku kerana aku tak punya kekuatan untuk aku yakinkan kepada dia, bahawa aku adalah seorang kawan. Kawan yang mungkin boleh menemankan dia menjalani dunia yang penuh dengan kegilaan ini.

Aku tak salahkan dia atas apa-apa sekalipun. Tapi, aku cuma salahkan diri aku kerana tak pernah berjaya melakukan apa yang seorang kawan perlu lakukan pada kawannya yang lain bila datang satu-satu konflik.

Aku salahkan diri aku, bila aku tak punya banyak masa untuknya dan aku salahkan diri aku kerana meninggalkan dia lama, bersendiri dan memikirkan tentang segalanya. Aku bersalah kerana aku selalu gagal sebagai kawan.

Dan, sebagai kawan yang sayangkan dia, aku tak sanggup untuk menghalang dia untuk membuat pilihannya sendiri. Aku yakin, aku tak punya apa hak sekalipun untuk katakan apa-apa kepadanya. Aku tak punya hak untuk menembus masuk ke dalam hidupnya. Dan aku tak punya apa-apa hak untuk menghalangnya, atas nama apa sekalipun.

Tapi, dalam masa yang sama, aku terasa takut. Aku terasa panik. Aku terasa seolah seluruh darah di yang mengalir di dalam badan aku, tiba-tiba terhenti dan masa diri dalam hidup aku, tiba-tiba berhenti membeku. Dada aku berombak. Nafas aku tak terkawal. Jantung aku berdegup pantas. Kepala aku sakit, dan tekak aku mual.

“Tapi, lu bukan super-hero, der” kata si Ah Fath (kawan sama bengkel, depan bilik aku ), di atas katil semalam.

Aku hanya berdiam. Dengan kecacatan yang aku ada ni, aku akur dengan segalanya.

Aku hanya terdiam.

Di dalam kepala aku, terlintas imej seorang teman rapat, terbaring kaku dengan dikelilingi orang-orang panik.

Dan, untuk si dia, aku tak mahu itu berlaku. Aku sayangkan dia.

Aku tak peduli jika satu dunia sekalipun menentang aku membuat tindakkan seperti ini, atau merancang untuk bertindak bodoh. Tapi, aku tahu dan aku sedar apa yang aku buat.

Jika inilah harganya, aku tetap akan membayarnya, hanya atas nama cinta. Dan, aku rasa lebih baik aku bersedih buat masa sekarang, marah buat masa sekarang. Daripada aku menangis kemudian, dan tak dapat nak lakukan apa-apa lagi.

Aku yakin, dunia sedang ketawakan aku. Tapi, aku masih percaya bahawa kejahilan aku ini, akan menyelamatkan satu jiwa suci.

Sekurangnya, aku menjadi selfish atas sebab yang bijak.

Selasa, 16 November 2010

Happy Raya Aidiladha



Semoga kebahagiaan selalu mendampingi anda semua.
Semoga kebahagiaan itu dikongsi bersama.
Hormat jiran anda regardless of race & beliefs.
Love your parents and your kids will do the same to you.
then the whole wide world will be a better place for you and you and you.
Respect each other and always express gratitude.

Salam Aidiladha.
Maaf Zahir Baatin.

Rabu, 18 Ogos 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU

Aku tidak mahu katakan itu salah sesiapa. Malah ada waktunya aku fikir dan rasa, yang salah sebenarnya adalah aku kerana begitu mudah tergiur dan cepat menerima. Kalau aku tidak begitu, tentu tidak terjadi dan aku pun tidaklah sampai begitu sekali berasa malu dan terhina.

Kerana memilih untuk meletakkan salah itu kepada diri sendiri jugalah maka aku mendiamkan diri agak terlalu lama. Walau di dalam hati terasa membengkak dan seringkali melara, namun semua itu cuba aku minggirkan jauh-jauh dari fikiran, seolah semua itu tidak terjadi. Dengan harapan agar ianya tidak sampai ke tahap menjadi gangguan yang berterusan.

Tetapi kawan-kawan yang tahu penglibatan aku sering bertanya akan kesudahannya bila setiap kali berjumpa. Demi untuk tidak sampai ke tahap menghina sesiapa, walau pun sebelum ini hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku, aku hanya senyum dan memilih untuk tidak berkata apa-apa sebagai jawapannya.

Walau beberapa kawan ini cuba mengorek-ngorek dan memancing-mancing agar aku bercerita apa yang sebenarnya berlaku berhubung penglibatan aku itu, namun aku masih bertegas untuk tidak bercerita apa pun mengenainya.

Kata aku kepada diri,biarlah segalanya aku tahu dan simpan sendiri di dalam hati. Walau ketika mula-mula menjauhkan diri dahulu aku pernah diberitahu oleh seseorang agar jangan bercerita apa-apa mengenainya, namun pilihan aku untuk mendiamkan diri itu bukanlah kerana suruhan sesiapa.

Kata orang tua-tua, asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain. Untuk apa perkara yang lepas di kenang-kenang, biarlah menjadi silam yang lain. Rasa malu dan terhina itu biarlah aku seorang yang menanggungnya. Kerana memang mungkin juga kebodohan aku yang terlalu mudah percaya itu maka menyebabkan aku terkena. Biarlah ini menjadi pengajaran.

Tetapi sebagai manusia yang dianugerahi Tuhan rasa dan fikir untuk menilai serta menimbang segala sesuatu, pastilah juga aku dapat merasakan bila tibanya suatu saat yang aku rasakan lain dan berbeza.

Begitulah. Selepas beberapa lama memilih sikap diam dan tidak mahu bercerita apa-apa, beberapa teman yang tahu mengenai penglibatan aku akhir-akhir ini bila setiap kali bertemu, aku kesani cara dan gaya bertanya mereka mengisyaratkan seolah-olah yang menjadi punca adalah aku. Malah seorang yang lain pula, nada bertanyanya seolah-olah mendesak aku bahawa kerana sikap aku yang agak menipu itulah sebenarnya yang menjadi punca keretakan.

Mujurlah usia yang semakin menua menjadikan aku semakin dapat menahan sabar dan tidak mudah lagi untuk memberikan kembali sebarang reaksi yang sampai boleh aku dilabelkan sebagai pongah dan kurang beradab.

Apa yang terjadi hanya Tuhan yang lebih mengetahui. Biarlah apa pun fitnah dan umpat di belakang, aku pasrah dan tahu kepada Dia hanya tempat aku berserah.

Sebagai manusia biasa, aku sedar dan insaf.

Hanya, diam-diam dan di dalam hati sendiri, aku memendam rasa malu serta terhina.

Biarlah. Aku serahkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Biarlah apa tanggapan orang, namun yang menanggung rasa malu dan terhina adalah aku.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rasa malu dan terhinanya aku.

Tidak tahulah kalau bagi orang lain kata-kata sebegitu tidak membawa maksud apa-apa.

Isnin, 16 Ogos 2010

oh ibu

bergenang airmataku.
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan.
Bagaikan laut yang tak bertepian.

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu.
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa.

Hidupmu kau korbankan.
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi.
Akan semua ini,
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu.

Ibu

kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu.
Restumu yang amat aku harapkan ,
Kerana di situ letak syurgaku.

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran.
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.

Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan.

Kasihanilah, Tuhan.
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

seronok.

Masa kecil-kecil aku selalu pulang ke rumah dengan wajah yang comot dan baju yang kotor. Padang yang bising jadi sunyi sepi bila berkumandang azan maghrib di masjid. Ada yang hilang kasut dan ada juga yang hilang gigi.

Memang seronok bermain terutamanya dalam berkumpulan waktu zaman kecil dahulu. Bergaduh dan tarik muka pekara biasa. Esok lusa confirm berbaik semula.

Tapi bila meningkat dewasa sebahagian kita mungkin jarang bermain lagi. Lupa bagaimana rasa sakitnya terjatuh, betapa seronoknya ketawa berdekah-dekah dan bagaimana rasanya bila kita kalah atau menang.

Bermain dan bergembira bukan milik zaman kanak-kanak sahaja.